PAKAIAN TERPAKAI

Pada dasarnya kami tidak berniaga secara runcit.Kami mempunyai polisi tersebut kerana memberi peluang kepada pelanggan kami untuk berniaga dan memberi keutamaan kepada pelanggan untuk berkembang dalam perniagaan ini.


Dalam proses pengasingan,kami dapati banyak jeans berjenama yang berkualiti tinggi dan ada juga pakaian yang berkualiti baik.Kami tidak mengeluarkan kain tersebut daripada bale.


Kami percaya pelanggan kami dapat membezakan kain bermutu tinggi dalam bale dan seterusnya berikhtiar untuk menjual kain tersebut dengan harga tinggi dan memperolehi untung yang lebih baik.Ini membolehkan kami mempunyai hubungan baik dan seterusnya berurus niaga untuk jangkamasa panjang.


Ini mewujudkan situasi menang-menang dimana pihak kami dan pelanggan maju dan berkembang bersama.Kami menegaskan kami tidak menetapkan harga runcit untuk pakaian terpakai ini.





Hakcipta terpelihara @ 2011Samurai Products (M) Sdn. Bhd